masalah, stress dan cara atasi

Bila waktu meniti usia,dari sehari ke sehari,semakin banyak dugaan yang terpaksa kita hadapi. Lepas satu masalah, satu masalah lain lagi yang datang dan menghimpit jiwa . Itu baru sentuh berkaitan masalah, macam mana pulak dengan impian yang kita ingin kejar, bebanan yang banyak terpaksa kita tanggung......semuanya  menghimpit diri kita. Stress, stress, stress................. Kadang-kadang kita rasa seolah-olah tak tertanggung oleh kita. Tapi bila kita fikir balik sejenak, semua masalah ada jalan untuk kita selesaikan. Bak kata pepatah “dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Cumanya beza antara kita semua adalah bagaimana penerimaan kita terhadap masalah tersebut dan macam mana kita nak atasi masalah tersebut. Mungkin bagi sesetengah orang masalah yang diterima itu adalah sangat besar dan dashat untuk dirinya hadapi..tapi dalam situasi dan masalah yang sama juga,mungkin bagi sesetengah orang merasakan bahawa masalah itu tidaklah terlalu serius. Berdasarkan kenyataan  itu, saya dapat simpulkan bahawa tahap masalah seseorang itu juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu mengadaptasi masalah tersebut ke dalam dirinya. Saya juga tak menafikan bahawa mungkin faktor persekitaran yang kadang-kadang menyebabkan seseorang berkeadaan sebegitu.
          Masalah-masalah itulah jika dibiarkan tidak diatasi dengan sebaiknya, lama-kelamaan akan menyebabkan seseorang stress.. dan bertambah stress.bila individu dalam keadaan seperti itu, ini akan memberi kesan kepada dirinya dan tidak mustahil juga memberi kesan kepada orang sekelilingnya. oleh itu , jika antara kita sekarang sedang mengalami stress, uruskanlah stress dengan sebaik mungkin. Ingatlah orang tersayang...hehehe...
Berdasarkan pembacaan saya sebelum2 niii...saya dapati beberapa cara untuk tangani kita punya stress.  
LANGKAH PERTAMA                [ Elak stres yang tidak perlu ]   

Tidak semua tekanan boleh dielakkan, dan apatah lagi tekanan yang memerlukan untuk diselesaikan.

(a) Belajar untuk berkata ‘tidak’- Ketahui batas anda. Samada berkaitan dengan peribadi ataupun kerjaya anda, elakkan dariapda menerima tanggungjawab tambahan kerana mengambil lebih daripada kemampuan akan membuatkan anda lebih terekan.

(b) Elakkan individu yang memberi tekanan- Sekiranya seseorang itu secara berterusan menyebabkan tekanan dalam kehidupan anda dan anda tidak dapat mengelak daripadanya, maka hadkan masa yang anda luangkan bersamanya dan akhirilah hubungan anda dengannya.

(c) Kawal Persekitaran Anda- Sekiranya berita di televisyen petang itu membuatkan anda risau, tutupkan sahaja ia. Sekiranya kesesakan lalulintas memberikan tekanan kepada anda, bawalah bekalan makanan kegemaran anda bersama. Sekiranya anda tidak suka membeli belah dalam kesesakan, anda mempunyai pilihan untuk online shopping.

(d) Elakkan perbincangan panas – Sekiranya anda mudah naik marah terhadap isu berkaitan politik atau agama, hentikan sahaja perbincangan mengenainya. Sekiranya juga isu tersebut tercetus kembali bersama dengan orang yang sama, berhentilah daripada membincangkannya lagi dan mintalah diri.

(e) Kurangkan senarai tugas anda – Semak kembali jadual anda, tanggungjawab dan tugasan harian. Sekiranya anda mendapati ianya terlalu banyak, bezakan pula antara ‘harus’ ataupun ’mesti’. Letakkan tugas yang tidak berapa pentingitu ke tempat yang paling bawah ataupun padam terus secara keseluruhannya.

LANGKAH KEDUA [Ubah Situasi]

Sekiranya anda tidak dapat mengubah situasi tekanan tersebut, cubalah untuk mengubahnya. Hitungkan apakah perubahan yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan masalah ini di masa akan datang.

(a) Nyatakan dan luahkan daripada memendam perasaan – Sekiranya seseorang atau sesuatu itu memberi gangguan kepada anda, beritahu dan luahkan ia dalam keadaaan terbuka dan secara hormat. Andainya anda tidak menyuarakannya, kemarahan akan terjadi dan perkara tersebut akan berulang kembali.

(b) Sanggup berkompromi – Apabila anda meminta seseorang itu untuk mengubah tingkahlakunya, bersedialah untuk melakukan perkara yang sama.

(c) Mengurus masa dengan baik – Pengurusan masa yang lemah akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Sekiranya anda mempunyai masa yang lapang tetapi menyiapkan sesuatu tugas itu apabila masa telah menjadi sempit, ini menyukarkan anda untuk bertenang dan memberi tumpuan. Tetapi jika anda membuat perancangan yang teliti anda akan dapat mengelakkan tekanan tersebut.

LANGKAH KETIGA [ Menerima perkara yang anda tidak boleh ubah ]

Sesetengah perkara tidak mugkin dapat diubah. Anda tidak mungkin dapat mengubah atau menukar perkara yang memberi tekanan tersebut seperti kematian insan tesayang, penyakit yang serius dan sebagainya. Dalam perkara begini, cara terbaik ialah anda menerimanya dengan pemikiran terbuka. Pada permulaan memang agak sukar tetapi kelamaan anda akan biasa dengannya.
                                                                   
(a) Jangan cuba untuk mengawal perkara yang tidak boleh dikawal - Banyak perkara di dalam dunia ini diluar kawalan kita terutama sekali tabiat dan tingkahlaku manusia. Daripada anda tertekan dengan mereka, adalah lebih baik anda tumpu kepada perkara yang anda boleh kawal seperti anda memilih cara untuk bertindak dalam mengatasi masalah.

(b) Berkongsi perasaan anda – Berbuallah dengan sahabat yang boleh dipercayai ataupun membuat temujanji dengan pakar terapi. Luahkan apa yang sedang anda alami sekalipun anda tidak dapat mengubah situasi tekanan tersebut.

(c) Belajarlah untuk memaafkan – Terimalah kenyataan bahawa kehidupan ini tiada yang sempurna dan manusia selalu melakukan kesilapan. Lupakan segala kemarahan dan kekcewaan. Bebaskanlah dirimu daripada perasaan negatif dengan memaafkan.

LANGKAH KEEMPAT [ Hadapilah Tekanan ]

Sekiranya anda tidak dpat mengubah perkara atau keadaan yang memberi tekanan tersebut, ubahlah diri anda.

(a)   Bingkaikan permasalahan – Cubalah untuk melihat tekanan itu dari sudut perspektif yang positif. Seperti ketika anda terperangkap dalam kesesakan lalulintas, jadikanlah ianya satu peluang untuk anda bersendirian seketika, mendengar lagu kegemaran dan nikmati indahnya masa bersendiri.

(b)    Perbaiki tahap anda – Kesempurnaan adalah perkara utama untuk mengelakkan tekanan.   Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan sehingga menyebabkan tekanan dan seterusnya berakhir dengan kegagalan. Anggarlah tahap kemampuan anda yang sesuai untuk anda dan orang lain.

tadi saya nyatakan cara-cara atasi stress yang mungkin dari segi teori, apa kata kita cuba pulak 1 teknik untuk atasi stress dari segi pendekatatan iaitu 'emotional freedom tecnique"..mari kita saksikan dan kalau nak mencuba apa salahnya.


Antara kawasan-kawasan yang ditekankan dalam video diatas adalah secara ringkasnya dan kebiasaanya kita akan menyebutnya sebut sebagai titik stress . untuk lebih jelas kita boleh tgk gambar dibawah...