SINOPSIS
Drama Soffiya mengisahkan seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung. Pada masa itu tak da sapa yang percayakan Soffiya....jadi pada siapa dia nak luahkan dan ceritakan apa yang berlaku. dia hanya mampu menceritakan pada ibunya yang sudah tidak terdaya.Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di dalam penjara.
Soffiya baru mula mengenal erti cinta, rasa percaya pada orang lain dan ada tempat untuk meluahkan apa yang dia rasa,namun dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negara. Kemudian, Soffiya berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang. Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri.
Jadi kepada bakal kaunselor mahupun kaunselor, dalam banyak-banyak watak dalam drama nii, kita nak jadi watak mana satu...fikir-fikirkan....
Kepada sesiapa yang belum pernah melihat drama ini sila layari WWW.TV3.COM.MY